“Dah Setahun Setengah Tutup” – Syed Saddiq Cadang Buka Gym, Ramai Yang Sokong

Mya Amri
September 1, 2021 03:01 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencadangkan supaya pusat kesihatan seperti gimnasium dibuka semula dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Menurut Saddiq, cadangan itu bagi membolehkan mereka kembali bersukan seperti sedia kala.
“Buka semula padang bola dan gym! Expectation vs reality industri sukan. Dah setahun setengah padang bola dan gym ditutup.
“Kedai dah boleh dine-in, shopping mall dah buka. Tapi padang dan gym masih tutup? Menteri baru WAJIB bantu. Buka + SOP ketat pun tak apa. Asalkan bantu mereka!” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya bersetuju dengan cadangan Saddiq.
“Totally agree with you. Especially for the sports industry,” komen @calvinsamuel19.
“Terbaik YB. Saya harap sangat sukan ni kembali beroperasi. Tolonglah kami,” tulis @farizrazali93.
“Setuju! Bukalah GYM bagi masuk siapa yang dah completed 2 dos,” sokong @mrshahrulawesome.
#Syed Saddiq #Ahli Parlimen Muar #Gym