Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Dah Tak Ada Duit Sangat Ke?" - Shiera Ditempelak Gara-Gara Jual Baju Terpakai, Ini Respons Balasnya...

ZULHILMI JALIL 26/08/2020 | 08:15 MYT
Baru-baru ini pelakon Sharifah Shahirah memuat naik satu posting di Instagram memaklumkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.
Begitupun, posting itu kemudian disalah erti pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
Bahkan, di ruangan komennya, individu berkenaan meminta agar pelakon yang dikenali dengan panggila Shiera itu untuk tidak menjual, sebaliknya memberikan sahaja kepada mereka yang memerlukan.
"Sedekah sahajalah. Sudah tak ada duit sangat ke nak jual bagai.
"Kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai," tulisnya.
Bagaimanapun, tindakan individu tersebut kemudian mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.
Bahkan, Shiera kemudian tampil menegur individu berkenaan yang disifatkan agak kasar.
"Eh, jangan kecilkan hati orang. Kasar cakap tu. Baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang..nampak jahat orang sahaja ya.
"Salah sebab kasar, tak siasat tu baju siapa, duit pergi mana, ni fitnah," jawabnya.
Bahkan, dalam satu entri berasingan, Shiera turut berkongsi imej paparan tangkap layar komen-komen individu berkenaan di Instagram.
"Lama tak ada kes. Ada balik parasit dalam Instagram aku.
"Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakitkan hati. Ya, dia orang baik, orang bersedekah, tapi suka kecilkan hati kita.
"Dia kata IG dia orang yang kuat mengata, orang yang kurang kasih sayang, dia mengata kita, dia tak follow kita, dia kacau kita," sindir Shiera.

Lama takde kes...ada balik parasite dlm ig aku Kadang kadang bila cakap depan2 menyakitkan hati...yaa dia orang baik...orang bersedekah...tapi sula kecikkan hati kita...kita baru nak tengokkan Korea terasa pulak Dia kata ig dia orang yang kuat mengata orang yang kurang kasih sayang Dia ngataaaaaa kitaaaa Nagisss..sedihhh..ig dia baik sangat tapi cakap pedih...dia tak follow kita...dia kacau kita...kita kurang kasih sayang ni Kita dm dia sambil nangis...huhuhu dia tak kawan.. dia sombong...jap nargis sebab tengok korea @velatinorossi ehh nama apa rossi

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Terdahulu, Shiera meluahkan hasratnya untuk menjual pakaian terpakai.
"Baju show nak jual...show pulak..baju pergi kenduri, pergi jalan. Di mana dan bila kita nak jual ni? Bulan ni sibuk, nanti datang bulan kita jual di Instagram," katanya.

Baju show nak jual...show lak..baju gi kenduri ..gi jalan... Kat mana kita nak jual ni..dan bila????? Bulan ni sibuk...nanti datang bulan ..kita jual kat ig

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

#Shiera #Duit #Baju Terpakai
;