Minggu lalu tular rakaman video di media sosial tentang dua beradik dari Brazil bergaduh ketika majlis hari jadi gara-gara berebut untuk meniup lilin.

Video tersebut mendapat perhatian netizen seluruh dunia termasuk di Malaysia sendiri.

Menerusi video tersebut, dilihat seolah-olah si kakak bernama Maria Antonia cuba untuk mendengki apabila telah meniup kesemua lilin di kek ketika hari jadi adiknya, Angered.

Ia telah mencetus pergaduhan selepas si adik tidak berpuas hati dan bertindak menarik rambut kakaknya.

Susulan dari video tersebut, beberapa hari lalu mereka telah dijemput ke sebuah program televisyen di sana untuk ditemu bual sekaligus mengadakan sedikit permainan buat mereka.

Menariknya, di akhir program tersebut pihak produksi telah menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup oleh dua beradik berkenaan.

Mereka kelihatan teruja dan gembira kerana dapat meniup lililn di atas kek coklat yang sangat besar bersama-sama.

Difahamkan ibu kepada dua beradik tersebut Aureluk memberitahu sebenarnya kedua-dua anaknya itu sebenarnya sangat rapat dan saling menyayangi.

Menurut Aureluk pergaduhan antara adik beradik adalah perkara biasa yang berlaku, lebih-lebih lagi mereka berdua masih kecil dan belum matang untuk berfikir.