Hiburan

Dah Tak Sabar Nak Bercuti Di Luar Negara? Ini Penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan

gempak
Hanafis Haris
22/06/2020
14:10 MYT
Sponsor Banner
Dah Tak Sabar Nak Bercuti Di Luar Negara? Ini Penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan
Perkara paling sukar ketika pandemik COVID-19 ini pastinya untuk bercuti ke luar negara.
Tidak dinafikan orang ramai tidak sabar menunggu pengumuman kerajaan untuk membuka semula sempadan antarabangsa.
Namun, menerusi laporan Astro Awani, perbincangan untuk membuka sempadan antarabangsa untuk enam negara berstatus zon hijau masih di peringkat awal.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan tersebut membabitkan Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.
"Setakat ini dua negara iaitu Singapura dan Brunei masih belum memberi persetujuan berhubung perbincangan tersebut," katanya.
Jelasnya, dalam usaha membuka sempadan negara, Malaysia dan negara tersebut perlu mencapai persetujuan bersama terutamanya dari segi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).
“Setakat ini kita berbincang dengan pelbagai agensi dan negara berkenaan tapi masih di peringkat awal, masih belum mendapat persetujuan dari dua negara. Kita kena pastikan dua-dua negara setuju terutamanya dari segi pelaksanaan SOP.
“Kerjasama antara dua negara penting dan sekarang perbincangan bukan hanya melibatkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tapi melibatkan Kementerian Luar Negeri dan sebagainya,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 hari ini.
Sumber : Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024