Hiburan
“Dah Tegur Pun Nanti Buat Semula” – Rohana Jalil Komen ‘Baju Ular’ Kilafairy
Penyanyi popular era 80an, Rohana Jalil enggan mengulas lanjut mengenai kecaman netizen terhadap anaknya, Kilafairy.
Sebelum ini tular foto Kila berpakaian motif kulit ular yang dianggap terlalu ketat dan seksi sehingga mendapat pelbagai reaksi warga net.
“Saya dah tak larat nak komen, budak-budak sekarang. Sebelum ini pun dah banyak kali kita cakap pun tak nak dengar.
“Nak cakap berulang kali pun benda yang sama. Bila dia (Kila) pakai macam itu dan orang komen dia akan berhenti sekejap.
“Lepas itu, empat ke limabulan lagi mesti dia buat semula. Jadi, saya tiada komen untuk perkara sebegini,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Rayuanku itu lagi, dia pun pernah muda dan baginya ia tindakan biasa anak muda.
Ditanya penerimaannya terhadap komen berbaur kecaman yang ditulis kebanyakan warga net terhadap pakaian motif ular digayakan Kila itu, Rohana berkata dia tidak ambil pusing.
Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil berkata, dia tak kisah dengan apa sahaja komen berbaur kecaman ditulis warga net.
“Suka hatilah nak kecam atau cakap apa, saya selesa dengan pendekatan tidak ambil tahu. Saya tak suka terlalu fikirkan masalah.
“Rahsia saya kekal sihat pada usia 64 tahun ini pun kerana sejak dulu tidak suka fikir masalah.
“Saya selesa gembira selalu dan fikir positif. Kalau bergaduh dengan orang lain pun, saya selalunya cepat lupa,” katanya.
*Kilafairy bersama ibunya, Rohana Jalil*
Sebelum ini, pelakon Kilafairy enggan memberi komen berhubung isunya memakai pakaian motif kulit ular sawa dan memuat naik foto di Instagram (IG).
Kila, 27, yang ditemui media memberitahu dia tidak mahu perkara itu (berpakaian motif kulit ular) terus dipersoalkan.
“Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini. Apa yang saya boleh katakan saya selesa dan suka dengan apa yang saya pakai.
“Kadang-kadang saya tanya ibu bapa soal apa yang boleh dipakai tetapi biasalah saya ini degil orangnya. Walaupun sudah dilarang saya pakai juga,” katanya.
Perkongsian foto dibuat Kila itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya dan warganet yang berharap Kila lebih peka dengan pemilihan pakaiannnya.
Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram @kilafairyofficial