Datuk dan nenek kepada pelakon Datin Eina Azman telah selamat bernikah setelah berpisah selama 17 tahun.

Perkara itu dikongsi Eina menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Eina, datuk dan neneknya itu menghidap strok namun ia tidak menjadi satu kesalahan buat mereka untuk berkahwin semula.

"Salam, seperti yang saya dah janji, saya akan share detik indah akad nikah datuk dan nenek saya.

"Alhamdulillah, dengan tiga kali lafaz, mereka telah selamat bernikah setelah berpisah selama 17 tahun.

"Walaupun kedua-duanya menghidap strok, namun tak salah kalau mereka mahu berkahwin, mereka pun mahu rasa bahagia.

"Kalau dah jodoh, berpisah lama pun boleh kembali bersama, semoga mereka dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat," tulis Eina sebagai kapsyen.

Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut Eina mengucapkan tahniah dan berasa sebak melihat persatuan semula pasangan warga emas terbabit.

"Sebaknya tengok gambar ni, harap mak ayah saya pun berjodoh macam ni.

"Sebak pula jadinya, jodoh ketentuan Allah, walaupun dah lama terpisah tapi disatukan kembali kerana dah tertulis jodohnya hingga ke akhir hayat.

"Tahniah, rasa terharu sangat," tulis netizen.

Salam guys. Seperti yang eina dah janji eina akan share moment paling terindah buat Tok n Aki eina akad nikah ? alhamdullilah dgn 3 kali lafaz Aki n Tok dah sah menjadi suami isteri yang sah after 17 years berpisah?? walau pun banyak yang cuba menghalang dengan izin allah , allah permudahkan segalanya? tak salah kan walapun kedua dua nya stroke nak berkawin? Mereka pun nak rasa bahagia ☺️ thanks to my mummy @amyroshaida288 n ayahde sebab banyak tlg utk permudahkan segala urusan kahwin aki n tok?? ya allah ini namanya kalau dah jodoh berpisah dah lama pun boleh kembali bersama ?? semoga Aki n Tok bahagia d dunia akhirat sehingga ke jannah. ??? I Love you both so much ? @amyroshaida288 @datopadukakaiser

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on