Filem komedi terbaru Syif Malam Raya lakonan bintang sosial media iaitu Yoe Parey, Asif Suhaimi dan Syahmi Sazly akan menjengah di pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai 21 Mei 2020.

Menariknya lagi, kali ini anda tidak perlu hari esok kerana Syif Malam Raya sudah mula ditayangkan bermula jam 12 tengah malam ini.

Sejak runut bunyi (OST) filem Syif Malam Raya dimuat naik di saluran YouTube rasmi KRU Music baru-baru ini dan sedutan filem yang dikongsi Syahmi di akaun Instagramnya, rata-rata pengikut sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar.

Malah menerusi segmen live #ArtisDudukDiam di Instagram Astro Gempak petang tadi ramai menyatakan keterujaan untuk menonton lakonan pertama tiga sahabat baik itu.

BACA: “Dok Braso Tengok Ni Sekok Perut Ngila” - Syif Malam Raya Belum Tayang Tapi Ramai Dah Tak Sabar

Sudah pasti gelagat Syahmi, Asif dan Yoe dalam filem itu sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi.

Jadi pastikan jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.