"Dah Tiga Tahun, Rasa Macam Tak Percaya Je..." Erin Malek Sambut Hari Jadi Anak

Asraf Aided
Oktober 1, 2018 13:41 MYT
Pelakon Erin Malek berkongsi beberapa foto sambutan hari jadi anak lelakinya, Mohamed Faliq yang kini berusia tiga tahun.
Erin memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya.
"Selamat hari jadi Faliq, dia dah berusia tiga tahun, rasa macam tak percaya pula.
"Dia membesar begitu cepat, semoga Allah sentiasa melindungi Faliq," tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan rapat Erin turut menulis ucapan buat Faliq.
Erin mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-knak dan berjaya membina popularitinya menerusi kemunculan dalam filem, drama dan program TV tempatan.
#Erin Malek