Pelawak Man Raja Lawak bersyukur akhirnya niat untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), RM50,000 kepada individu memerlukan selesai.

Sumbangan itu diagihkan hanya dalam masa empat hari bermula 31 Mac lalu.

BACA: Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

Hasil kerja amal yang dilakukan itu, Man telah membuat lebih sepuluh kesimpulannya.

“Assalammualaikum, kesimpulan saya untuk sumbangan RM50,000 ini adalah:

“1.Ramai yang reda bukan rezeki mereka.

“2. Ada DM (mesej peribadi), tapi setelah dibaca tidak cukup syarat.

“3. Cerita Panjang-panjang tapi tiada maklumat lengkap.

“4. Amaun (minta) yang luar biasa.

“5. Amuan kecil tapi DM saya tak sempat buka.

“6. Dah transfer lebih tapi minta lagi.

“7. Banyak soal jawab kerana tiada informasi.

“8. Tak peka status update dari semasa ke semasa.

“9. Tak sabar dan terlalu mengharap.

“10. Detail semua lengkap tapi tak sempat buka.

“11. Bukti dan profile tak sama.

“12. Ada yang dah DM di IG tapi cuba juga pujuk menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sekian, harap anda puas hati dengan alasan saya yang hina ini,” tulisnya.

Man berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, Man menerusi status di Instagram mengumumkan menyumbang sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak 2019 (MLM 2019) sebanyak RM50,000 kepada individu kurang berkemampuan.

Pada MLM 2019 lalu, Man yang menganggotai kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.