"Dah Tua Bangka Nak Belajar English Lagi" - Masuk Kelas Bahasa, Ifa Raziah Kena Kecam Netizen Bawang

Kamaruddin Razal
Mac 1, 2019 11:32 MYT
Penyanyi dan pengacara Ifa Raziah menerima kecaman netizen yang tidak bertanggungjawab selepas dia menghadiri kelas Bahasa Inggeris untuk komunikasi.
Baru sahaja mendaftar kelas yang bakal berlangsung selama enam bulan, Ifa memuat naik kiriman Direct Message netizen yang mengecam tindakannya di laman Instagram.
"Sedih dengan sikap netizen bermulut bawang ni. Salah ke Miss Diva nak belajar English? Nak belajar English salah, habis tu, nak belajar apa yang boleh?
"Niat Miss Diva nak belajar English sebab nak mahirkan lagi skil komunikasi. Bisnes SOLIDMOLID yang Miss Diva tengah usahakan pun dah masuk pasaran luar negara.
"Kalau ikut hati ni, nak je aku makikan balik... ganyang cukup cukup... tapi takpe la.. niat Miss Diva pun baik, just nak polish balik apa yang Miss Diva pernah belajar dulu dan nak tambah keyakinan diri bila interaksi dengan penonton bila jadi performer atas stage.
“BETTER LATE THAN NEVER. IT’S NEVER TOO LATE TO LEARN," tulis Ifa.
Menerusi paparan mesej DM terbabit, segelintir netizen menyifatkan Ifa sebagai 'tua bangka' dan hanya membazir masa untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
#Penyanyi #Ifa Raziah #Penyanyi