“Dah Tua Baru Nak Fesyen Macam Tu Lah Rupanya” - Netizen Rasa Vida Kurang Sesuai Berfesyen ‘Pelik’
Izwan Isa
22/08/2022 23:50 MYT
22/08/2022 23:50 MYT
Pengusaha kosmetik dan pengsohor Datuk Seri Vida menyorot perhatian netizen apabila dia berjalan sebagai muse untuk jenama fesyen eksentrik popular tanah air, Behati di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) baru-baru ini.
Mengenakan busana serba warna-warni, kehadirannya pada pertunjukan fesyen tersebut tempoh hari merupakan penampilan pertamanya di pentas peragaan, apatah lagi mengenakan busana rekaan jenama lokal terkenal.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram, Vida menulis: “Pertama kali berjalan untuk KLFW2022 sebagai penampilan istimewa untuk Behati dan Kel Wen,” katanya.
Sungguhpun kemunculannya itu telah mencetuskan cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen, namun, kemas kini terkini Vida itu masih lagi menerima respons yang kurang enak dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang melihat Vida tidak sepatutnya berpakaian sedemikian kerana faktor usia, dan ada juga yang mempertikaikan penampilan usahawan itu yang dikatakan menyerupai seorang badut.
“Macam badut dah tengok.. dijadikan boneka.”
“Dah kenapa… buang tabiat ke?”
“Aku tengok dah macam patung wayang kulit orang Jawa dah haa.”
“Muda-muda dulu tak dapat nak berfesyen, dah tua baru nak fesyen macam tu lah rupanya.”
“Siapa designer ni? Kenapa nampakkan DSV macam clown?”
Untuk rekod, Vida sering dilihat bereksperimen dengan penampilan serta solekannya sejak sekitar awal tahun ini.
Penampilan Vida sebagai Presiden Netizen menerusi Big Stage 2022 juga sering menarik perhatian umum dengan busana-busana adi busana rekaan Behati.
Selain itu, Vida turut menggunakan khidmat Behati dan juga Kel Wen bagi menghasilkan klip video Ku Ikhlaskan.
Setakat ini, klip video tersebut telah meraih sekitar 3.7 juta tontonan.