Laman Utama
Dah Viral Satu Malaysia Mak Wan Latah Sihir Orang, Rupanya Ia Fitnah Semata-Mata - “Mak Wan Nak Rehat…”
Sudah jatuh ditimpa tangga… mungkin peribahasa ini tepat sekali menggambarkan situasi pelakon veteran popular, Halimaton Saadiah Mohd Daud, atau lebih mesra disapa Mak Wan Latah.
Menjadi topik perbualan apabila perkahwinan yang baru dibina pada Januari lalu bersama Husain Dolah hanya bertahan selama tiga bulan, nama Mak Wan sekali lagi meniti di bibir netizen apabila dia didakwa ‘main bomoh’ menyihir orang.
Hal tersebut dipercayai disebarkan oleh seorang individu menerusi satu ciapan rajutan yang dikongsikan menerusi Twitter baru-baru ini.
Menerusi rajutan tersebut, pengguna media sosial berkenaan mendakwa Mak Wan Latah menyihir neneknya sehingga menyebabkan jantung tersumbat.
Kata individu berkenaan, hal ini berikutan sifat dengki Mak Wan Latah yang cemburu melihat neneknya menerima tawaran kerja tanpa henti.@itzzme.mell Padah Memfitnah ?@_makwanlatahofficial #diamxbermaknakalah #kuasaviral #viral #fyp ♬ [Suspense] thrilling and tense music(813253) - Meat Pie 25
“Lepas kau bomohkan nenek aku, job kau pulak non stop sampai la sekarang kau dah femes. Aku rasa nak pijak je ehey!” tulisnya.
Ternyata, tuduhan tersebut fitnah semata-mata.
Menerusi beberapa siri video pembongkaran situasi sebenar isu berkenaan oleh seorang pengguna TikTok, rakaman perbualan antara Mak Wan Latah dan Ery, anak kepada individu yang didakwa sebagai mangsa sihir Mak Wan Latah turut dikongsikan.
“Mak Wan last dapat khabar Ery bawak mak Ery berubat dekat Penang kan? Kenapa Mak Wan dituduh Mak Wan sihir mak Ery. Cuba Ery tengok dalam Twitter nama Mak Wan tersebar Ery.@itzzme.mell @_makwanlatahofficial ♬ bunyi asal - ᴬᴹᴱᴸᴸ - ᴷᴬᴷ ᴬᴹᴱᴸᴸ
“Bila masa Mak Wan sihir mak Ery… sedangkan kami kawan masih extra lagi. Dia kata Mak Wan rampas job Kak Chah (mak Ery),” keluh Mak Wan.
Menerusi satu lagi video lagi, pengguna Twitter yang mendakwa Mak Wan main bomoh itu mengakui yang dia tersilap.@itzzme.mell Balas kepada @cikjemah2 part 3 die dah mtk maaf . Antara PERBUALAN kakmel & nissa . Kes tutup ! #jgnkongsidulukalaubelumpasti #kuasaviral #fyp ♬ bunyi asal - ᴬᴹᴱᴸᴸ - ᴷᴬᴷ ᴬᴹᴱᴸᴸ
Difahamkan, pengguna TikTok berkenaan telah membuat laporan polis dan meminta agar individu yang memfitnah Mak Wan Latah memohon maaf secara live.
Dalam pada itu, Mak Wan Latah menerusi satu lagi video berkata: “Mak Wan ingin merehatkan diri Mak Wan daripada live, Instagram, FB dan apa sahaja aktiviti yang selalu Mak Wan buat, sebab Mak Wan dah tak larat lagi dengan kecaman yang Mak Wan dapat… fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang, nusyuz pada suami...
“Orang tak tahu… orang akan bercakap apa je kan. Insya-Allah bila keadaan dah reda nanti, Mak Wan come back balik ya. Doakan kesihatan Mak Wan, sebab Mak Wan pun tak berapa sihat sekarang,” katanya.@itzzme.mell @_makwanlatahofficial ? #fyp #viral #makwanlatah #husaindolah #tiktokmalaysia ♬ Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu - Uji Rashid
Must-Watch Video