Hiburan
Dahi Anak Saharul Ridzwan Terbelah Langgar Bucu Meja, Peminat Kongsi Macam-Macam Petua - "Asah Kulit Kayu Manis, Sapu Ubat Gamat & ..."
Anak sulung kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali mengalami kecederaan pada bahagian dahi kirinya selepas terhantuk pada bucu meja baru-baru ini.
Kongsi Saharul menerusi Instagramnya, Ali masih boleh tersenyum biarpun dahinya masih kelihatan luka akibat kemalangan kecil itu.
"Baru lepas langgar bucu meja. Bertuahnya anak. Semoga Allah lindungi anak-anak kita selalu. Kita risau, dia senyum je" tulis Saharul.
Perkongsian Saharul itu meraih pelbagai komen dari peminatnya yang turut mendoakan agar Ali segera sembuh daripada kecederaan terbabit.
Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsi pandangan, nasihat dan tips untuk menyembuhkan segera luka pada dahi Ali.
"Lepas ni semua rumah yang ada perabot kayu atau kaca, segala sudut meja, almari, kerusi kena cover supaya tak cedera pada budak-budak yang membesar aktif," nasihat seorang pengguna.
"Budak laki kuat kan.. Kalau bucu meja jenis yang tanam, letak getah untuk bucu tu," saran pengguna lain.
"Kalau nak cepat baik luka tu, biasanya doktor letak gam bagi bercantum elok. Nanti jadi tak berparut," tulis salah seorang pengguna lain.
"Sapu minyak gamat, cepat tertutup luka," saran salah seorang pengguna lain pula.
"Tuam ler dengan ais batu... insya-Allah tak ada parut ... anak-anak saya pun saya buat... cuba le," tulis pengguna lain.
"Allahuakbar..cepat asah kulit kayu manis pastu sapu kat luka tu.. Insya-Allah hilang sakit dan parutnya," tambah pengguna lain.
Dalam pada berkongsi tips dan petua, ramai juga yang memuji keunikan iris mata Ali yang disifatkan cantik dan mempesonakan.
Apapun, get well soon Ali!
Must-Watch Video