Laman Utama

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan

gempak
Mya Amri
29/06/2022
08:51 MYT
Sponsor Banner
“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Penyanyi Ronnie Hussein dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Berita itu dimaklumkan Ronnie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Posting itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan Ronnie sedang duduk di bahu jalan dengan kepalanya yang berlumuran darah.
“Alhamdulillah tak ada yang serius... Cuma dahi dan pipi je koyak sikit... 6 jahitan.
“Seluar panjang dan baju lengan panjang sangat membantu mengurangkan kecederaan serius... Moga kita semua sentiasa divdalam lindungan dan rahmat Allah SWT.. Amin,” maklumnya.
Bagaimanapun dalam ruangan komen di Instagramnnya, Ronnie menjawab pertanyaan pelakon Datuk Fizz Fairuz dan memaklumkan kemalangan tersebut tidak melibatkan orang lain.
Dalam perkembangan terbaharu, menerusi ruangan Insta Story miliknya Ronnie menyatakan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Alhamdulillah sudah di jahit dahi saya yang koyak, enam jahitan. Tak ada yang serius, tak ada yang patah. Masya-Allah,” ujarnya ringkas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live