Berita
"Dahla Susah Dapat Anak, Bila Dah Dapat ....." - Dr. Say Akui Dikecam Hantar Anak 2 Bulan Ke 'Daycare'
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril menerima kecaman daripada orang ramai selepas mengambil keputusan untuk menghantar anaknya yang baru berusia dua bulan di pusat asuhan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Dr. Say tampil menjelaskan tujuan dia dan isterinya menghantar anak mereka walaupun masih kecil.
"Dahla susah dapat anak, bila dah dapat hantar daycare pulak? Tak bersyukur betul"
"Kengkadang cukup amazed dengan kegeligaan pemikiran netizen. Cukup pantas mereka menjudge tanpa meletakkan diri mereka di tempat kita. Tapi no problem, saya jawab elok-elok. Yes, saya mengaku yang saya hantar baby saya ke daycare seawal 2 bulan. Sebab ape? Pertama, bini saya kerja swasta & peruntukan cuti bersalin tuk swasta mostly 2 bulan. Dah tu nak benti kerja ke? Bini ada terlintas nak quit tapi mengenangkan jika dia tak bekerja macam mana dia nak sara parents dia yang both tidak lagi bekerja?
"Kedua, hire maid letak dekat umah parents saya & parents saya tengokkan? Susah sebab both parents saya masih bekerja maka tak ad siapa nak pantau. Rumah parents bini pulak? Rumah mereka kecik sizenya 20x70 tu pun isi rumah dah 5 orang. Kalau letak baby & maid memang sempit sungguh jadinya lagi pun cukup la susahkan parents, diorang dah susah besarkan kita its time for them to rest becouse its not easy nak jaga budak.
"Ketiga, tak ckup ke gaji saya nak support bini? Cukup tu memang cukup tapi saya bayangkan jika saya berseorangan bersama baby sepanjang hari pergi mungkin mental health saya terganggu kot. Yes, mungkin laki dengan perempuan berbeza tapi zaman sekarang mengrestrictkan perempuan bekerjaya daripada bekerja bagi saya tak berap bagus tuk mental health mereka.
"Saya tanya balik, ape salah daycare sampai dapat reputation macam ni? Korang tau tak a LICENSED daycare kene dapat kelulusan daripada 4 agensi yang berbeza (Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba & Jabatan Kesihatan) & setiap satu agensi ni ada syarat masing-masing?," tulisnya.
Menerusi penjelasan yang diberikan ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Say namun ada juga yang berpendapat bahawa terlalu awal untuk di menghantar anaknya.
Terdahulu, Dr. Say pernah mendedahkan mengapa dia dan isteri sudah empat tahun tak dikurniakan anak.
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Say terkejut kerana isterinya tiada apa-apa masalah kesuburan dan menganggap dirinya punca mereka tidak dikurniakan zuriat.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu.
Must-Watch Video