Berita
"Dahlah Mualaf Baru, Dahlah Baru Masuk Islam, Kenapa Tak Mahu Tunjuk ....." - Michael Ang Luah Rasa Kesal
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengakui kesal dengan segelintir pihak yang mempertikaikan cara kehidupannya di media sosial.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Zayan.my, Michael berkongsi pengalamannya selepas memeluk agama Islam.
"Adalah satu insan ni dia kata 'Eh meluatlah asyik tengok kamu post makan ni dahlah mualaf baru, dahlah baru masuk Islam, kenapa tak mahu tunjuk kamu bersolat ke pergi terawih ke.'
"Inilah antara contoh yang buat saya takut nak bagitahu semua orang saya Islam.
"Tak bermakna bila saya jadi seorang Islam saya kena tunjuk satu dunia yang saya pergi solat, saya buat terawih bukan ke benda tu antara kamu dengan Allah," katanya.
Menerusi entri tersebut, rata-rata berharap agar Michael tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh netizen sebaliknya fokus terhadap apa yang ingin dilakukannya.
Sementara itu, jangan lupa untuk menyaksikan temubual Eksklusif kisah penghijrahan daripada Michael di saluran rasmi Facebook & Youtube @zayan.my.
Pada hujung April lalu, Michael telah membuat pengakuan mengejut bahawa sudah memeluk agama Islam sejak lebih setahun lalu.