Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dahlia

Muhammad Ridhwan Roslan
14/08/2020 12:44 MYT
Nad Zainal sebagai Dahlia

Dahlia merupakan salah satu watak dalam kumpulan Geng Mak Mak, yang telah selamat melahirkan seorang cahaya mata pertama. Lantas dia melangkah ke fasa hidup yang baru iaitu sebagai seorang ibu. Secara tidak langsung, sekumpulan sahabat Dahlia dalam aplikasi ‘WhatsApp’ yang dinamakan Geng Mak Mak telah menjadi tulang belakangnya dalam menjalani kehidupan baru ini.

Dahlia disegani oleh rakan-rakannya kerana sering bersikap positif, optimistik, berbudi-bahasa dan bijak dalam menyelesaikan masalah. Walaubagaimanapun, Dahlia sering keliru dalam membuat keputusan dan kadang-kala keputusan yang dibuat menjejaskan dirinya sendiri.