Hiburan
Dahlia Rizal Akhirnya Umum Hamil Anak Sulung, Ada Sebab Rahsiakan - “Bukan Langsung Tak Nak Kongsi Tapi…”
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal akhirnya tampil membuat pendedahan umum bahawa dirinya sedang hamil anak sulung.
Menurut Dahlia yang juga isteri kepada pelakon dan pengacara, Imran Aqil itu, dia mengakui memiliki sebab tersendiri merahsiakan kandungan sulungnya pada umum.
“Alhamdulillah untuk pengembaraan baru. Saya tahu momen saya mengandung tahun lepas, saya akan buat segalanya untuk merahsiakan hal ini.
“Kerana sayperasaana tahu bagaimana media bekerja dan akan ada orang memandang berita ini dengan iri hati yang membawa kepada sesuatu yang saya tidak mahu berlaku.
“Walaupun terdapat ramalan orang tentang sama ada saya hamil atau tidak, serta teguran mengenai badan dan penampilan, saya tetap merendah diri dan tidak membuat apa-apa pengakuan secara terbuka,” kongsinya.
Dalam pada itu, Dahlia atau nama sebenar, Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, cm juga menyifatkan berita kehamilannya itu sangat peribadi buatnya sehingga menghiraukan komen-komen serta spekulasi terhadapnya sebelum ini.
“Saya memilih untuk mengabaikan komen dan meneruskan kehidupan.
“Menyimpan berita ini secara peribadi adalah sangat penting bagi saya.
“I bukan langsung tak nak share dengan my followers but i just needed time and i guess this is it huh?,” tulisnya lagi.
Pempengaruh berusia 24 tahun itu turut berharap agar urusan kehamilannya dipermudahkan biarpun mengakui terkejut pada awalnya.
“That being said, as much as i was terkejut dengan pregnancy ni, deep down i knew i wanted to have a child of my own very soon, especially dgn my fav person @ijeebster.
“As much as im so so paranoid & anxious right now dengan apa yang dah terlepas, i harap dengan doa korang semua, i dapat jalani pregnancy ni dengan baik.
“Tolong doakan kami, anak kami & also doakan agar my third trimester ini berjalan dengan lancar,” tutupnya.
Terdahulu, Gempak melaporkan Imran memilih untuk tidak menghebahkan mengenai kehamilan pertama Dahlia secara meluas kerana bimbang ia akan mengundang perkara yang tidak baik.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.