Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

Dahsyatnya…24 Jam Pakai Topeng Muka Gara-Gara Koronavirus, Sampai Luka & Berbekas!

Fiza Kamarudin 06/02/2020 | 04:06 MYT
Pasukan perubatan di Wuhan bekerja tanpa rehat malah tidak cukup masa untuk tidur atau pun makan demi pesakit yang dijangkiti koronavirus.
Di media sosial, tular beberapa keping foto petugas kesihatan yang mengalami bengkak dan luka di bahagian wajah gara-gara topeng muka yang dipakai.
Selain bengkak dan luka, bahagian wajah mereka juga berbekas serta berparut dek kerana tali topeng muka yang diikat 24 jam.
Bukan sahaja di bahagian wajah, bahagian badan turut mengalami ‘kecederaan’ sama kerana semua petugas di hospital, jururawat dan doktor yang bertugas harus menggunakan pakaian steril secara terus-menerus.
Media di China juga melaporkan petugas-petugas ini bekerja tanpa henti dan hanya melelapkan mata di kerusi seketika atau berbaring di lantai sahaja untuk sedikit rehat.
Pengorbanan mereka ini sehingga tidak menghiraukan keselamatan dan kesihatan diri sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain.
Keletihan yang mereka alami membuatkan mereka mudah tertidur di mana jua, tanpa menghiraukan keselamatan diri.
Foto: Google Image
;