Laman Utama
Dahulu Banyak Digunakan Di Penjara, Kini Perkataan 'Lockdown' Dipilih Sebagai Perkataan Paling Popular Tahun Ini
Kamus Bahasa Inggeris, Collins Dictionary, memilih istilah 'lockdown', atau kerap diterjemah sebagai perintah berkurung, sebagai perkataan paling popular tahun ini, lapor AWANI.
Ia dipilih pakar linguistik kerana maknanya mula berkembang di peringkat global susulan reaksi perkhidmatan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19.
"Pakar bahasa kami sepakat memilih perkataan ini kerana ia merupakan pengalaman penyatuan bagi berbilion penduduk dunia, yang secara kolektif memainkan peranan mereka dalam memerangi penyebaran COVID-19.
"Istilah ini dahulunya adalah kosa kata yang banyak digunakan untuk banduan di penjara.
"2020 adalah tahun di mana makna perkataan itu berubah secara drastik, ia kini merupakan satu kata kerja bagi langkah penjagaan kesihatan awam," tulis pihak Collins di laman web mereka.
Penggunaan istilah itu naik sehingga 250,000 juta tahun ini, meningkat dari hanya 4,000 pada tahun sebelumnya.
Lockdown pertama kali muncul tahun ini di Wuhan, China yang merupakan lokasi pertama mengenakan perintah berkurung susulan wabak COVID-19.
Sejak itu, hampir semua negara mengeluarkan arahan sama, dengan sekatan sosial yang belum pernah terjadi sebelumnya, membataskan interaksi manusia dan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun paling unik dalam sejarah moden.
Sumber : Astro AWANI
Kredit Foto : Freepik
Must-Watch Video