“Dahulukan Sahih Sebelum Sebar” - Pak Lah Sihat, Penyebar Berita Palsu Berdepan Tindakan Undang-Undang
Awani
17/06/2021 09:15 MYT
17/06/2021 09:15 MYT
Palsu! Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu meninggal dunia.
Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, kata pejabat itu, berada dalam keadaan sihat di samping keluarga.
Sehubungan itu, pejabat berkenaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran berita palsu yang mendakwa Abdullah meninggal dunia.
"Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan," kata kenyataan pejabat Abdullah pada Khamis.
Sejak awal pagi Khamis, tular berita mendakwa Abdullah yang berusia 81 tahun menghembuskan nafas terakhir.
Ini bukan kali pertama laporan palsu mengenai Abdullah yang disebarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, pejabat Abdullah pernah beberapa kali mengeluarkan penafian yang serupa.