Viral

Dahulunya Pensyarah, Sekarang Pengemis

Syafiqah Jalal
28/05/2017
07:00 MYT
Kisah hidup setiap daripada kita berbeza-beza. Ada yang azalinya hidup senang dan ada pula yang kurang bernasib baik.
Lain yang terjadi kepada seorang pensyarah di sebuah universiti di Manila, Filipina yang hidupnya sudah jatuh ditimpa tangga setelah diisytiharkan bankrap.
Diceritakan semula oleh seorang gadis, Faye Ares, yang bertemu lelaki yang dikenali sebagai Jansen Locsin itu secara tidak sengaja baru-baru ini, kisah hidup lelaki ini mengundang simpati netizen.
Pada mulanya lelaki yang berusia 70 tahun itu menghampiri gadis itu dan dengan sopan berkata dia tidak mahukan wang sebaliknya mahu makanan kerana telalu lapar.
"Cik jangan marah dan maaf mengganggu, saya tidak minta duit cuma mahu makan kerana betul-betul lapar," kata Jansen.
Faye terkejut apabila lelaki yang tidak dikenalinya itu fasih berbahasa Inggeris lantas mengajaknya untuk makan bersama-sama di sebuah restoran.
Lelaki tersebut sebenarnya bekas graduan dalam bidang ekonomi Universiti Ateneo Manila dan pernah menjadi pensyarah di Universiti Filipina.
Namun, Jansen jatuh bankrap setelah terlibat dalam perniagaan perdagangan mata wang.
Malah, lelaki itu menjelaskan dia ke Cebu, Filipina untuk menjalankan bisnes tersebut namun gagal dan tidak mempunyai wang untuk pulang semula ke pangkuan keluarganya di Manila.
Jansen memberikan nasihat kepada Faye untuk belajar daripada kejadian yang menimpa dirinya dan memanfaatkan ilmu pengetahuan sebaik-baiknya.
Sebelum beredar, Faye memberikan sebotol air minuman dan wang tunai 100 peso (RM8.50).
Status Faye mendapat lebih 3,000 perkongsian dan 1,500 komen yang memuji keikhlasan hatinya membantu pengemis.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Facebook Faye Ares
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.