Dahulunya Seksi! Bekas Teman Rapat Atta Halilintar Bertudung Selepas Bermimpi Sakaratul Maut & Jatuh Sakit
Amri Hassan
14/04/2021 15:25 MYT
14/04/2021 15:25 MYT
Bekas teman rapat kepada YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar, Liza Aditya memadamkan semua gambar seksinya di Instagram dan menggantikan dengan imej terbaharunya berhijab.
Kata Liza kepada media Indonesia, dia sentiasa berdoa untuk membuang imej seksinya dan berhijab sejak sekian lama.
"Ada banyak alasan, dari 2018 aku berdoa ketika umrah minta diberikan jalan untuk meneruskan hidup tanpa membuka aurat dan Alhamdulillah, karier aku menjadi luar jangka. Allah makbulkan permintaan aku," katanya.
Sepanjang proses hijrahnya, penyanyi itu akui pernah didatangi mimpi berkaitan kematian.
"Januari lalu aku jatuh sakit selama 25 hari dan selama itu aku seperti diingatkan banyak hal dan paling diingati adalah aku berada dalam keadaan sakaratul maut, aku bertemu dengan kematian. Dari saat itu aku lebih banyak berfikir," tambahnya.
Liza dalam pada itu menafikan perubahan imejnya itu disebabkan kedatangan bulan Ramadan.
"Tidak sama sekali. Aku memakai hijab ini sudah lama," ujarnya yang mendapat respon positif dari netizen.
Sekitar 2019, Liza dikhabarkan rapat dengan Atta namun hubungan mereka renggang setelah dilaporkan menjalin hubungan asmara. Hal itu dinafikan sendiri oleh Liza.
Liza yang difahamkan berasal dari Malaysia pernah menjadi sorotan apabila imej seksinya disamakan dengan transgender popular Indonesia, Lucinta Luna.
Sumber: Detik Hot