HIBURAN

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

Mya Amri 02/09/2024 | 02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.

Tunjuk bukti dah tegur Da'i Syed
Perkara itu ditujukan susulan kenyataan Fuad berhubung isu rakan pendakwah Da’i Syed yang dihukum penjara dan sebat atas kesalahan merogol.
Bagaimanapun, Fuad menjawab mengenai dakwaan itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Menurut Fuad, dia sebenarnya sudah beberapa kali memberikan teguran kepada Syed untuk menjaga perilaku sebagai seorang pendakwah.
Malah, Fuad juga turut menunjukkan bukti tangkap layar perbualannya bersama Syed sebagai bukti kepada umum.
“Baby Shima mengkritik saya, katanya agamawan ni kalau kawan kawan dia buat salah semuanya mendiamkan diri. Tapi kalau orang lain buat salah mereka serang membuta tuli.
“Saya nak bagi tahu bahawa umpama ni isu dari Syed ni. Isu ini dah lama dan bukan satu isu sahaja, banyak sangat isu.
Terdahulu, tindakan Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian Baby Shima.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Baby Shima mempertikaikan tindakan segelintir pendakwah bebas yang hanya ‘diam membisu’ apabila kes melibatkan rakan sendiri.
Pada penulisan yang sama, penyanyi lagu Pura Pura Bujang ini turut berkata pendakwah bebas akan mula membuat konten apabila timbul kontroversi melibatkan dirinya atau selebriti lain.
#Baby Shima #Rogol #Hukuman #Teguran #Dai Syed #Hana Ismail #Dai Fuad #Syed Iqmal