,
Hiburan

Da'i Syed Dihantar Ke Penjara Kajang, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Awani
30/08/2024
08:25 MYT

Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful terpaksa meringkuk di Penjara Kajang bermula hari ini untuk menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ini berikutan, Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Syed Shah Iqmal, 29, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

"Permohonan untuk menangguhkan hukuman adalah ditolak kerana tiada keadaan khas yang membuktikan rayuan ke Mahkamah Tinggi adalah automatik untuk menangguhkan hukuman dan begitu juga merit dalam rayuan tersebut," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berkata dalam kes ini tiada satu keistimewaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dengan mengambil kira kesalahan jenayah yang telah dibuktikan.

Bagaimanapun, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh berkata sekiranya penangguhan dibenarkan ia tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak kerana satu ikat jamin baharu akan diberikan berserta syarat yang lebih ketat untuk memastikan tertuduh tidak melarikan diri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed Shah Iqmal selepas mendapati dia bersalah merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 Sept 2019.

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac lepas mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.

Sepanjang prosiding hari ini, tertuduh yang memakai sut itu menangis dan menundukkan mukanya ketika berada di kandang tertuduh.

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan, isteri kepada Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail, 38, dilihat memeluk dan menenangkan suaminya yang menangis selepas mendengar keputusan tersebut.

Ahli keluarga turut membawa bayi perempuan pasangan itu yang berusia 16 hari untuk berjumpa Syed Shah Iqmal sebelum dibawa ke Penjara Kajang.

Sumber: Awani menerusi Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

gempak
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Jumpa Pistol, Dadah: Yusoff Rawther Dibawa Ke Mahkamah

gempak
12/09/2024
04:25 MYT
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, selepas polis menemui dua pistol dan dadah dalam kenderaan dinaikinya.