Berita

Da’i Syed Mengaku Tidak Bersalah Merogol, Dilepaskan Dengan Ikat Jamin Sebanyak RM10,000  & Tiga Syarat Mahkamah

gempak
Azwa Rahman
10/12/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
Da’i Syed Mengaku Tidak Bersalah Merogol, Dilepaskan Dengan Ikat Jamin Sebanyak RM10,000  & Tiga Syarat Mahkamah
Pendakwah selebriti Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan rogol yang disabitkan terhadapnya.
Tertuduh mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan sebaik pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.
Hakim mengarahkan tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 oleh seorang penjamin dengan tiga syarat yang telah ditetapkan iaitu menyerahkan pasportnya untuk disimpan pihak mahkamah, perlu melaporkan diri di Balai Polis Kota Kemuning pada setiap 1 haribulan setiap bulan tanpa gagal serta dilarang mengganggu, berjumpa atau berhubung dengan mangsa atau saksi pendakwaaan sepanjang kes ini dijalankan.
Jika tertuduh melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh mahkamah, pihak pendakwaan dan makhamah boleh membatalkan jaminan dengan serta merta.
Tertuduh akan diikat jamin oleh pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar dan akan ditempatkan di Pusat Tahanan Reman Sementara Branang, Selangor buat sementara waktu sebelum proses ikat jamin selesai.
Tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 3 petang memakai tshirt polo berwarna biru.
Mengikut kertas pertuduhan, Syed didakwa melakukan perbuatan merogol mangsa yang berusia 23 tahun itu pada jam 11.35 malam di kediamannya di Shah Alam.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan laporan, dalam kejadian September tahun lalu, mangsa telah keluar makan di kawasan Batu Tiga, Shah Alam dengan tertuduh yang baru dikenalinya menerusi laman Instagram dengan menaiki kereta BMW miliknya.
Kemudian mangsa telah dibawa balik ke rumah tertuduh di Seksyen 7, Shah Alam untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.
Mangsa juga dikatakan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu.
Pada hari yang sama Syed telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi bagi dua pertuduhan kes cabul dan seks luar tabii (liwat).
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, wanita itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.
Semasa di rumah, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.
Untuk rekod Syed Shah Iqmal sudah ditahan reman selama 10 hari di IPD Shah Alam sejak 27 November lalu.
Kredit foto: Astro/Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live