Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Da'i Syed Tak Mahu Anak Perempuan Membesar Dalam Keadaan Trauma, Sedih - "Saya Nak Mulakan Hidup Baharu"

Ernalisa
05/11/2024 07:25 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed Iqmal bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual aksesori wanita.

BERITA BERKAITAN: Boleh ke ister larang suami nak poligami? - Syariah Di Sebalik Drama | Kiblat Ke Syurga | EP4

BERITA BERKAITAN: Hangat Isu Penyondol, Amyra Rosli Ambil Pengajaran - “Hanya Tengok & Ambil Iktibar"

BERITA BERKAITAN: Tak disangka-sangka! Semuanya power-power weh! Battleground Highligh - Minggu 1

BERITA BERKAITAN: Ruffedge Masih Da Bomb Dalam Ruffera That Moment In Time Live In Concert

Kata Syed, jika diberikan kesempatan, dia mahu memulakan semula hidup baharu dan membina kembali peluang yang diberikan.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan baik dan dengan keizinan Allah, saya nak mulakan hidup baharu.

"Kami dah rancang untuk jual aksesori wanita seperti gelang yang pernah kami beli di Mesir.

"Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan keluarga," katanya ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.


Syed berkata dia juga akan berusaha membersihkan nama baiknya demi anak dan isteri.

"Semua ini saya lakukan bukan semata-mata untuk diri saya. Saya buat untuk isteri dan anak.

"Terutama untuk anak saya... saya tak mahu dia membesar dalam keadaan trauma dan sedih. Insya-Allah saya pasti yang baik-baik untuk semua ini," katanya.

Syed juga sempat berkongsi keadaan anak dan isterinya yang kini semuanya dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah anak pun sudah nak masuk tiga bulan dah. Isteri pun semua sihat, syukur sangat," ringkas Da'i.


Syed Iqmal sebelum ini mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019 lalu.

Atas kesalahan itu, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

#Trauma #Hidup #Da'i #Tak #Syed #mahu.anak
;