Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Da’i Syed Tampil Perjelas Salah Faham Netizen Berkenaan Penarikan Rayuan Tuduhan Rogol

Mya Amri
10/07/2024 11:25 MYT
Pendakwah selebriti, Da’i Syed menjelaskan salah faham netizen berkenaan maksud penarikan rayuan terhadap tuduhan rogol.

Tarik semula rayuan

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, dia menarik balik rayuan itu pada Jun kerana merasakan ia tidak lagi kompeten untuk diteruskan.

"Memang saya menarik rayuan itu kerana saya sudah lakukan pembelaan. Pada asalnya, saya dah membuat rayuan, tetapi prosidingnya pada Julai.

​ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

"Jadi, bila saya dah bela diri pada Jun, maka rayuan itu, dah tak kompeten. Maka, saya ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dan menarik balik rayuan itu.

"Apa pun, saya melakukan yang terbaik untuk pembelaan saya pada Jun lalu," jelasnya.

Syed berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.

BERITA TRENDING: Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

BERITA TRENDING: Aliff Aziz Sedih Ibu Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Kerana Kekurangan & Kesilapan Saya Telah Meletakkan Dia Di Posisi Sebegitu”


Ditanya sama ada prosedur mahkamah mengenai dua pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang penuntut kolej swasta masih berlangsung, Syed berkata, semuanya dijangka selesai pada penghujung Ogos.

"Saya pun kalau ikutkan penat dan letih, saya pun tak pasti nak jawab bagaimana. Tahun lalu, semasa sesi pendakwaan saya sudah dibebaskan dan dilepaskan.

"Namun, pihak pendakwaraya membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi dan memerintahkan saya untuk membela diri.

BERITA TRENDING: Didakwa Terpaksa Layan Karenah Suami, Isteri Prince Syed Sound Netizen - “Hang Siapa, Ada Tidur Sebantal Dengan Aku Ke?”

"Jadi, saya selesai bela diri pada Jun dan keputusan akan keluar pada akhir Ogos," katanya yang ditemui di majlis doa selamat dan sidang filem Dajal: Satu Malam Dipedajal bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya pada Rabu.

Terdahulu, pada 10 April 2023, Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas dan membebaskan Syed daripada pertuduhan merogol selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya, di akhir kes pendakwaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira jam 1.35 malam, pada 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan itu.

#Netizen #Rogol #Salah Faham #Dai #Syed #perjelas