HIBURAN
Da’i Wan Beri Teguran Pedas Kepada Cik Epal Dan Jofliam - “Cukuplah, Jangan Jadi Fitnah Dunia & Rantaian Dosa”
Pendakwah terkenal, Da’i Wan Dazrin atau lebih dikenali dengan Da’i Wan tampil menegur pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam, supaya menghentikan pertelingkahan terbuka yang berlarutan di media sosial.
Menerusi satu hantaran, Da’i Wan menasihati kedua-dua pihak agar tidak terus membuka aib dan bertelagah secara terbuka, kerana ia boleh membawa kepada fitnah dan dosa berpanjangan.
“Selesaikan hal keluarga anda di belakang tabir. Jangan jadi punca fitnah, jangan jadi punca rantaian dosa yang akan buat anda berdua kesal di hari akhirat nanti.
“Please, this has to stop. Saya cukup tak suka nak campur tangan pasal hal rumah tangga orang, tapi saya melihat kalian berdua tidak tahu berhenti, melainkan authority kena turun dulu agaknya. Sudah, selesaikan di belakang, ingat, pengaruh dari kalian akan menyebabkan kalian kesal nanti.
“Berundurlah dri sosial media seketika, dan hiduplah dibelakang sosial media pula, jangan jadi fitnah dunia, jangan jadi punca rantaian dosa. Berat tak tertanggung di hari akhirat nanti,” tulisnya.
Tambah Da’i Wan, dia turut menyeru agar kedua-duanya membuka pintu kemaafan dan menjaga amanah sebagai ibu bapa kepada anak-anak mereka, walaupun ikatan perkahwinan sudah berakhir.
“Bukalah pintu kemaafan masing-masing. Ikutlah jalan agama kita wahai @cikepal06 & @jofliam . Meski jodoh tidak menakdirkan bersatu, tapi ikatan anak-anak telah tercipta dgn tanggungjawab. Peganglah amanah dengan kasih dan sayang. Bukan dengan amarah nafsu dendam yang tak berkesudahan.
“Ciptalah jalan noktah untuk semua ini. Saya yang dalam bidang agama tak larat lagi tengok semua ini lalu di semua newsfeed saya. Penat saya mendoakan, tapi kalian masih tak sedar-sedar.
“Syaitan bertepuk tangan melihat hubungan kalian musnah kerana semua rasa jahat itu.
Kembalilah, betulkan semula, dan hentikan semua ini,” tutupnya.
Terdahulu, kecoh apabila konflik rumah tangga Cik Epal dan Jofliam terbuka secara besar-besaran di platform sosial media.
Terbaharu, kecoh apabila Cik Epal dan Jofliam berserta isteri, Dewi bertelagah sehingga timbul dakwaan bercakaran ketika Cik Epal datang untuk mengambil barang-barangnya di rumah mereka.