Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Da'i Wan Dazrin Buat Servis Cuci Kereta Percuma Untuk Golongan Ustaz, Ulama

ZULHILMI JALIL
09/10/2020 00:50 MYT
Melangkah dari dunia 'pendakwah', penceramah bebas Da'i Wan Dazrin kini membuat keputusan untuk mencuba nasib menceburi perniagaan dalam industri permotoran.

Menurut Da'i Wan, dia kini sibuk mengusahakan perniagaan dengan membangunkan sebuah butik kecantikan kereta dan motosikal di Kangar, Perlis.

"Jangan ingat seorang ustaz muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah 'pusat kecantikan' kereta dan motor. Kita berimpian, Allah mengizinkannya menjadi kenyataan.

"Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta dan motor terbesar di Perlis. Bismillah," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Katanya, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah 'detailing' (kerja-kerja kemasan) dan 'wrapping' (pemasangan pelekat balut) bagi kenderaan.

I have created a dream of mine. This is just the beginning of it. Maaf semua yang bertanya soalan-soalan Fekah di ruangan DM yang tak terjawab. Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di Social Media dan mengikuti segala urusan semasa kita. Now, doakan saya. Biar perniagaan yang datang dari minat seorang pendakwah muda ini menjadi dan mampu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam yang lain. Jangan ingat seorang Ust muda dan penceramah bertauliah tidak boleh memiliki impian untuk membuka sebuah 'Pusat kecantikan kereta & motor'. Kita berimpian, Allah swt mengizinkan ia menjadi kenyataan. Doakan, agar ia menjadi salah sebuah hub kecantikan kereta & motor terbesar di Perlis. Bismillah. Let's us start our journey, team. (@wd_detailing_wrapping). Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana Ustazah / Ustaz / 'Alim ulama' yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma. Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan yang hanya mampu saya sediakan. Barisan Imam Muda kita: @imammudaasyraf / @imammudahassan / @imammuda_megat / @imammudamujahid / @imammudaaran / Team Da'i: @dailuqman , @daifuadmokhtar , @daihamidah , @daiannas92 , @daidanial , @syukriwafi , @izzharnazri , @ammarismail89 , @daiaiman_ , @dainiezal , @azrinmunajat_ , @daiahmed_ , @hilmanfabli , @daiirfan , @daisaiful_ , @daimuhammad_ , @daiahmed_ , @muhammad.aqiem.1 , @azamalkankari !⭐️ Asatizah terkemuka kita: @ustazkazim , @ustazzarifi , @ustazadnin , @ustazroslanmohamed , @ustazahnorhafizahmusa , @ustaznabilahmad , @ustaziqbalzain , @mohdizharariff_official , @ustazhaslinbaharim , @ustazelyasismail , @ustazdondaniyal , @pusalman, @safwanidris_ etc. 'Dress for success from wheel to wheel'?❤️

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on


Lebih menarik lagi, Da'i Wan memaklumkan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan mencuci kenderaan kepada mana-mana individu yang bergelar ahli agama tanpa mengenakan sebarang bayaran.

"Saya juga ingin memaklumkan, mana-mana ustazah, ustaz, alim ulama yang hadir ke Perlis untuk berceramah, singgah di kedai saya untuk memberi basuhan kereta secara percuma.

"Saya ingin berbakti kepada asatizah kita dengan apa yang saya mampu sediakan," kongsinya.

Dalam pada itu, buat masa ini, kata Da'i Wan, dirinya tidak dapat menjawab segala pertanyaan umum mengenai fiqah yang sering diterimanya daripada pengikut di laman sosial.

"Saya benar-benar kesibukan kini. Nanti bila perniagaan dah berjalan lancar saya akan kembali semula memberi perkongsian di media sosial dan mengikuti segala urusan semasa kita.

"Sekarang ini, doakan saya. Biar perniagaan yang datang daripada minat seorang pendakwah muda ini menjadi dan mampu membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan pada anak-anak muda Islam yang lain," kongsinya.

#Ustaz #Wan Dazrin #Da'i
;