HIBURAN
Daiyan Trisha Akui Penat Bekerja Pada Bulan Puasa – “Saya Tak Berapa Gemar Sebab…”
Pelakon dan penyanyi, Diayan Trisha berkongsi perkembangan kariernya di bulan Ramadan tahun ini.
Baru selesai shooting
Menurut Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, dia baru sahaja selesai penggambaran filem Wantugo di Johor selama seminggu.
“Saya baru selesai penggambaran filem Wantugo. Saya hampir seminggu dekat Johor.
“Sekarang saya baru balik dan baru saja nak buat aktiviti berpuasa di sini.
“Saya baru nak fokus ibadah puasa di Kuala Lumpur,” katanya kepada Gempak.
Penat berpuasa sambil bekerja
Kongsi Daiyan, dia mengakui berasa penat apabila bekerja di bulan Ramadan kerana memakumkan sudah lima tahun tidak mengambil sebarang job pada bulan mulia tersebut.
“Penat sangat bila bekerja di bulan Ramadan sebenarnya.
“Saya dah beberapa tahun tak bekerja ketika bulan Ramadan. Tapi sebab tahun ini saya ada komitmen penggambaran, saya kena buat juga,” kongsinya lagi.
Tambah Daiyan, tidak menjadi kebiasaan baginya untuk bekerja pada bulan Ramadan kerana mahu fokus beribadah.
“Saya sebenarnya tak berapa gemar, sebab bulan Ramadan adalah satu-satunya bulan yang kita boleh fokus kepada ibadah.
“Tapi saya okay saja cuma penat saja,” kongsinya lagi.
Daiyan turut memaklumkan dia akan kembali ke set penggambaran pada bulan Mei depan.