HIBURAN
Daiyan Trisha Harap Dapat Berlakon Bersama Bront Palarae - “Kami Suka 'Buli' Sesama Sendiri”
Pelakon, Daiyan Trisha mengakui tidak menolak rezeki untuk berlakon bersama dengan pelakon Bront Palarae.
Kongsi Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasir, mereka berdua sering bertanyakan bilakah mereka dapat digandingan bersama untuk sekali lagi.
“Kalau ada rezeki saya nak berkolaborasi dengan dia. Kami selalu juga bercakap mengenai hal ini.
“Kali pertama saya berlakon dengan dia di sebuah telemovie di sebuah stesen TV masa tu,”katanya kepada Gempak.
Daiyan berkata demikian ketika menghadiri majlis Malam Gala Miifest yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya lagi, aktres itu juga berkongsi mereka pernah digandingkan bersama ketika dia mula melangkah kaki di industri seni ini.
“Bront adalah gandingan pertama saya dalam dunia lakonan. Jadi, kalau ada rezeki di masa hadapan dapat berlakon dengan Bront saya tidak akan menolaknya,” jelasnya.
Meskipun Bront Palarae dikenali sebagai seorang pelakon hebat, Daiyan menyatakan dirinya tidak terlalu gementar apabila digandingkan bersama pelakon itu lagi.
“Saya tidaklah terlalu gemuruh sebab Bront bagi saya macam seorang abang. Kami suka ‘buli-membuli’ sesama sendiri, tapi itu pun secara main-main saja.
“Kami ada good chemistry bila bekerja bersama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Daiyan turut meluahkan rasa bangga kerana dapat bergandingan dengan seorang pelakon itu malah turut membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
“Sejujurnya saya sangat gembira dan hormat dengan Bront. Dia bukan sahaja pelakon yang bagus, tapi juga dah banyak kali jadi duta untuk MiiFest dan dah bawa filem-filem tempatan ke pelbagai festival luar negara. Itu sesuatu yang saya kagum,” katanya.
Daiyan turut berkongsi rasa syukurnya apabila dilantik sebagai duta Malaysia International Film Festival (MiiFest)tahun ini.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bangga kerana dapat jadi duta untuk MiiFest tahun ini.
“Ini kali ketiga saya hadirkan diri dan saya sangat gembira bila lihat semakin ramai artis tempatan datang dan ramai juga yang mula menonton filem antarabangsa — bukan sekadar filem yang biasa kita tengok,” kongsinya.
Must-Watch Video