Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Daiyan Trisha Sekali Lagi Tunai Umrah Di Bulan Ramadan - "Tak Sabar Nak Jumpa Cinta Hati"

Syafiqah Jalal
02/04/2023 01:54 MYT
Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha sekali lagi mengambil kesempatan dalam keberkatan bulan Ramadan ini untuk menunaikan umrah sekali lagi.

Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

"Daiyan sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah setiap ramadan, syukur Alhamdulilah tahun ini Daiyan dijemput sekali lagi untuk berada di sini buat kali kedua," katanya.

Daiyan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon Project High Council itu turut memohon agar perjalanan umrahnya bersama ahli keluarga berjalan dengan lancar dan dipermudah.

"Daiyan pohon doa dan ampun dari kalian atas salah dan silap, dan daiyan harap semua boleh doakan perjalanan pergi balik daiyan & mummy, beserta semua jemaah-jemaah yang lain. semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur.

"Tak sabar nak jumpa cinta hati, beberapa hari saja lagi," ujarnya.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan keselamatan serta kesejahteraannya di sana.

Tahun lalu Daiyan turut menunaikan umrah di bulan Ramadan dan dia terserempak selebriti lain termasuk Naim Daniel.
#Daiyan Trisha #Ramadan #Umrah #bulan #Tunai