Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakota Johnson Ceburi Bisnes, Jual Produk Kesihatan Seksual Wanita Yang Inovatif

Amri Hassan
07/01/2022 15:22 MYT
Bintang filem Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson terjun ke dunia perniagaan dengan menjual produk kesihatan seksual yang lain daripada lain.

Sebagai pelabur dan pengarah kreatif bersama jenama Maude, aktres itu mencipta mainan seks yang berinovatif khusus buat golongan wanita.

"Beberapa wanita suka dildo merah jambu berukuran besar tapi ada wanita yang tidak suka terlalu besar, sama seperti saya," ujarnya memetik laporan Hypebae.

Untuk memberikan pengalaman berbeza keapda wanita, Johnson mewujudkan pelbagai butang set untuk produk keluarannya itu.

Mainan seks itu juga bukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan seksual bahkan juga mengutamakan sisi artistik dan humanisme.

Menurut Johnson, kesihatan dan kepuasan seksual harus mengutamakan dua faktor iaitu energi seksual dan energi kreatif yang saling berkait rapat.

Johnson, 32, mula bekerjasama bersama Maude sejak 2020 dan telah mengeluarkan beberapa produk kesihatan seksual antaranya kondom, pelincir dan pencuci badan.

Foto: VOGUE
Sumber: Hypebae, We Got This Covered
#Viral #Hollywood #Kepuasan #Dakota Johnson #Seks #Seksual #Mainan #Maude
;