Dakwa Air Suci Mampu Hapus Covid, Namun Bomoh Ini Akhirnya…
Dalam tempoh pandemik yang serba mencabar ini, ada saja penipuan yang cuba dilakukan sesetengah individu.
Ada yang menyebarkan fakta tidak tepat, tidak kurang juga yang mendakwa mampu menghapuskan virus berkenaan secara tradisional.
Terbaru, seorang bomoh terkenal di Sri Lanka iaitu Eliyantha White, 48, mendakwa mampu menamatkan penularan COVID-19 menggunakan 'air suci’.
Difahamkan, kehebatan bomoh itu mula diperkatakan selepas Menteri Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi menyokong rawatan menggunakan 'air suci' tersebut.
Susulan itu, ramai yang mempercayai keberkesanan air berkenaan.
Malangnya, selepas dua bulan Menteri tersebut telah dijangkiti COVID-19 hingga terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Tidak lama kemudian, bomoh tersebut pula dijangkiti virus berkenaan dan dikatakan telah maut beberapa hari lalu.
Menurut keluarganya, White disemadikan di perkuburan utama Colombo dengan mematuhi peraturan kuarantin.
Keluarga White menyatakan, bomoh itu terpaksa bertarung nyawa dengan virus selepas enggan disuntik vaksin COVID-19.
Kes berkenaan kemudian mendapat perhatian kebanyakan doktor pakar dan rata-rata mereka menyifatkan White sebagai penipu.
Bukan saja itu, pengamal perubatan Ayurveda turut menolak dakwaan bomoh itu kononnya kaedah yang digunakannya diwarisi sejak 3,000 tahun lalu adalah rawatan tradisional India.
Sumber : AFP