Hiburan

Dakwa Beli Akaun Twitter Sambil Mengeluarkan Ayat-Ayat Tidak Senonoh, Ini Penjelasan SKMM!

gempak
Hanafis Haris
12/01/2021
23:43 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Beli Akaun Twitter Sambil Mengeluarkan Ayat-Ayat Tidak Senonoh, Ini Penjelasan SKMM!

Kecoh di media sosial apabila ada seorang individu mendakwa akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah kepunyaannya sebelum ia dijual kepada pihak berkenaan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah posting yang pernah dimuat naik menerusi akaun tersebut turut mempunyai kata-kata yang kurang elok dan tidak senonoh.

Perkara itu sekali gus mengundang kekecewaan orang ramai memandangkan SKMM sebuah badan yang arif dalam mengawal selia semua perkara berkaitan aktiviti komunikasi dan multimedia.

Menurut individu tersebut, akaun itu dijual olehnya ketika dia berada di tingkatan tiga.

“Ketika itu pengikut akaun itu sekitar 50K. Aku tak delete tweet lama sebab tak terlintas di fikiran.

“Aku tak tahu akaun tu dah jadi akaun rasmi SKMM,” katanya menerusi satu posting di Twitter.

Sementara itu, menurut SKMM akaun Twitter rasmi suruhanjaya itu iaitu @SKMM_MCMC, diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM berkata, susulan itu, akaun Twitter rasmi berkenaan telah digantung untuk sementara waktu.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang dimuat naik melalui akaun berkenaan.

"Hantaran mesej terbabit bukan dikeluarkan oleh pihak SKMM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024