,
Laman Utama

Dakwa Difitnah Warganet, Mila Jirin Ambil Tindakan

Fiza Kamarudin
18/08/2021
15:15 MYT
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin mengambil tindakan terhadap seorang warganet dikenali sebagai Afiq yang didakwa melemparkan fitnah terhadap dirinya.
Mila menerusi hantaran di Instagram (IG) berkata, tuduhan dilemparkan individu terbabit telah menjejaskan reputasinya.
Pengarah Urusan Bizmilla itu turut menjelaskan sebab dia mengambil tindakan terhadap Afiq yang mendakwa Mila menerima wang berjumlah RM76 ribu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RM38 ribu pada fasa seterusnya.
“Untuk catitan dan kefahaman Encik Afiiq, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah.
“Bantuan ini bukan diterima oleh saya sahaja malalah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.
“Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla.
“Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitnah yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reputasi saya,” katanya.
Menurut Mila dia telah merujuk perkara tersebut kepada peguam untuk tindakan seterusnya.
“Peguam saya telah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada encik Afiq di atas apa yang telah dibuat.
“Kesemua komen yang telah berlaku di ruangan facebook encik Afiq juga telah diteliti dan diambil screenshort.
Pihak guaman saya telah menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepada encik Afiq. Terima Kasih,” tegasnya.
Terdahulu nama Mila Jirin menjadi ‘panas’ selepas dia meluahkan perasaan mengenai perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Reaksi Mila yang menangis teresak-esak itu mengundang pelbagai komen daripada netizen sehingga ada yang menuduhnya dibayar untuk bertindak demikian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Foto Disunting Jadi Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Harap Netizen Tak Mudah Terpedaya - “Kita Berada Di Zaman Fitnah”

gempak
14/11/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Hiburan

Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

gempak
12/11/2024
09:20 MYT
Pelakon baharu, Aiman Ameer menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang pembuli di media sosial beberapa bulan lalu.
Hiburan

Fazura Lapor Polis Berkaitan Fitnah Seorang Wanita

gempak
08/11/2024
11:28 MYT
Bagaimanapun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.
Hiburan

Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

gempak
03/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Uqasha Sensrose menyatakan dia tekad untuk meneruskan kes fitnah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya ke mahkamah.
Unitar