Beberapa hari lalu, pelakon Zarina Anjoulie memberitahu telah membuat laporan polis menerusi akaun Instagram miliknya.

Laporan itu dibuat ke atas satu video yang dimuat naik ke media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan bertujuan memalukannya.

Berita itu telah disahkan oleh polis sendiri iaitu pada Selasa telah menerima laporan daripada Zarina berhubung hantaran video pemilik akaun Facebook yang didakwa memfitnahnya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, polis menerima laporan daripada selebriti terbabit pada jam 2.30 pagi, lapor Sinar Harian.

"Dia telah melaporkan bahawa pada 12 Ogos lalu telah melihat satu hantaran video dalam Facebook yang didapati bertujuan untuk memalukan dan menfitnahnya.

"Tujuannya membuat laporan polis adalah untuk merujuk perkara tersebut kepada peguam dan untuk tindakan saman sivil," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.


Menurutnya, kes itu telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) untuk tindakan saman sivil.

Sementara itu menerusi 'IG Story' di Instagram milik Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju turut menjelaskan kenapa laporan polis itu dibuat terhadap individu terbabit.

Jelasnya, pemilik salon itu telah memuat naik beberapa video berkenaan dirinya secara berterusan yang bertujuan menaikkan 'viewnya'.

"Ia juga bertujuan memalukan Anju dan mengaibkan Anju. Anju dah pesan pada dia tapi dia tak mahu berhenti.

"Anju tak mahu berbalah dekat Instagram macam budak kecil. Jadi Anju ambil keputusan untuk saman dan Anju dah buat laporan polis," katanya.

Sumber Sinar Harian