Dakwa Diri Jadi Mangsa Dera Majikan, Rupa-Rupanya ‘Maid’ Indonesia Kantoi Curi Duit RM10,850 - “Suspek Berusia 31 Tahun Itu…”
Gempak
22/07/2023 02:55 MYT
22/07/2023 02:55 MYT
Sejak beberapa hari lalu, tular video seorang pembantu rumah warganegara Indonesia mendakwa dia terpaksa melarikan diri kerana menjadi mangsa dera majikan.
Menerusi video yang tular di laman sosial, wanita tersebut menangis memohon bantuan untuk dihantar kembali ke kampung halamannya di Indonesia.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub bagaimanapun telah menfaikan dakwaan wanita terbabit.
Hasil siasatan mendapati wanita itu hanya berlagak sebagai mangsa dera sedangkan dia sebenarnya telah melarikan barang berharga serta wang tunai bernilai RM10,850.
“Pihak polis menerima laporan daripada wanita warga tempatan berusia 52 tahun mengatakan pembantu rumahnya yang juga warga asing telah melarikan diri bersama barang berharga.
“Suspek berusia 31 tahun itu melarikan diri dari rumah pengadu pada pukul 11.21 pagi kelmarin,” katanya.
Suspek juga dikatakan sempat pergi ke berjumpa Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru. Perkara itu disahkan konsul Bagian Penerangan dan Sosial Budaya KJRI, Rizali Noor.
Mereka mendapati wanita itu berada di Malaysia sejak 15 Jun lalu.