Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakwa Diri Teraniaya Boy Iman Berdepan Tuduhan Melibatkan Kes Penipuan Hooray X Fest Raya - “Doakan Saya Ya…”

Gempak
25/04/2023 09:26 MYT
Pelakon Boy Iman bersama tiga lagi individu berdepan dengan tuduhan melibatkan penipuan berhubung penganjuran festival Hooray X Fest Raya di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang sepatutnya berlangsung pada 19 hingga 21 April lalu.

Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman, 43, ketika diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa berkata dirinya telah teraniaya.

“Doakan saya ya…teraniaya ni,” katanya ketika ditanya oleh pihak media.

Pelakon yang popular dengan telefilem Blok 404 itu bersama tiga lagi individu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 420 Kanun yang dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu berhubung satu program festival di Pusat Dagangan Putra (WTC) Kuala Lumpur, yang dibatalkan saat akhir.

Pada Isnin, media melaporkan pengurus dan pegawai pemasaran Hooray X Fest Raya disambung reman sehari bagi melengkapkan siasatan polis.

Salah seorang suspek yang ditahan adalah Boy yang dikatakan turut terlibat sebagai penganjur acara berkenaan.

Minggu lalu, ramai peniaga terpaksa berputih mata apabila acara tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dan dipercayai akibat penyelewengan wang sewa.

Sumber: Kosmo!

#Mahkamah #Boy Iman #Hooray X Fest Raya #Kes Penipuan
;