Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakwa Fatwa Hanyalah Pendapat, Netizen Ini Disekolahkan Oleh Pengguna Twitter - “Ilmu Nak Buat Fatwa Bukan Sekadar Google…”

Izwan Isa
26/10/2021 22:50 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna yang menyamakan pengeluaran fatwa daripada kalangan ilmuan agama sebagai satu bentuk pendapat.

Menerusi ciapan yang dihantar, pemilik akaun itu berkata, fatwa hanyalah satu bentuk pendapat dan bukan hukum. Selain itu, pengguna Twitter berkenaan juga mendakwa negara-negara lain bebas memilih fatwa mana yang mereka sukai.

Bagaimanapun, ramai yang kurang bersetuju dengan ciapan yang dihantar oleh pengguna Twitter berkenaan.


Peguam Syariah, Muhammad Syarafi menerusi akaun Twitternya berkata, fatwa itu bukan pendapat semata-mata. Fatwa membawa kepada suatu hukum kepada masalah yang tidak jelas hukumnya.

“Nak bangkang sesuatu hukum itu bukan macam hang buat thread bodoh kat Twitter yer, tapi perlu dengan ilmu. Kita perlu ada disiplin ilmu nak mengkritik sesuatu fatwa yang dikeluarkan bukannya 7 kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa.

“Ilmu nak buat fatwa ni bukan sekadar Google kemudian cedok sana sikit cedok sini sikit kemudian suaikan then jadi fatwa baru, bukan begitu ye. Nak keluarkan satu fatwa ni perlu mahir dalam banyak cabang ilmu fiqh dan sebagainya. Bukannya sekadar ‘oh ini hukumnya harus’.

“Engkau kalau tak reti nak faham disiplin ilmu tak usah nak memandai buat palatao. Lepas tu berselindung belakang fake akaun. Semua orang boleh buat macam tu,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, seorang lagi pengguna Twitter turut berkongsi pengalaman terlibat dalam proses tahqiq (pengesahan sesuatu dengan bukti) berkenaan isu penggunaan inhaler ketika sedang berpuasa bersama SS Mufti.



Katanya, isu berkenaan kecil sahaja, tetapi ia melibat beberapa ahli farmasi dan beberapa pakar perubatan respiratori.

“Dalam bilik perbincangan, mufti yang mengajukan soalan. Selain itu, ada 5 hingga 6 pegawai beliau dengan kitab-kitab berkaitan untuk rujukan di atas meja. Jelas dari soalan yang diaju, pejabat mufti telah melakukan kajian yang banyak sebelum perbincangan dilakukan.

“Soalan sangat teknikal seperti berapa lama gas inhaler berada dalam paru-paru, berapa isipadu ubat dalam satu semburan, berapa isipadu dalam satu titisan air dan lain-lain. Pendek kata, jauh beza dengan perbincangan kita di media sosial ini,” kongsinya.

Tambahnya, pegawai-pegawai yang ada bukan hanya menurut apa yang SS Mufti katakan. Sebaliknya mereka akan bersuara dan terlibat dalam perbincangan.

“Pegawai-pegawai beliau pula bukan hanya menurut apa yang SS Mufti cakap. Jika ada pendapat berbeza, pegawai akan suarakan dan bincang. Sangat seimbang dan profesional.

“Lepas perbincangan itu makin tinggi penghormatan saya kepada badan fatwa di negara ini. Fatwa tidak dikeluarkan hanya atas dasar sangkaan, malah segenap aspek isu tersebut dikaji dan dihujahkan. Semoga Allah keluarkan kita dari kejahilan,” tutupnya.

Foto kredit: Rachid Oucharia (Unsplash)

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Mufti #Fatwa
;