HIBURAN
Dakwa Isu Rumah Tangga Zahnita Wilson Tidak Benar, Bekas Rakan Niaga Minta Henti Putar Belit - “Saya Turut Bersimpati..."
Seorang individu tampil mendedahkan apa yang sebenarnya yang terjadi dalam rumah tangga kepada pelakon dan model Zahnita Wilson.
Mengenalkan dirinya sebagai bekas rakan niaga kepada Zahnita, individu yang dikenali sebagai Neysahz berkongsi bahawa dia antara orang terawal yang membantu Zahnita dari segi kewangan untuk keluar dari rumah tangganya yang didakwa telah dianiaya.
Membuat perkongsian ini di laman Instagram, Neyshaz berkongsi dia meletakkan kepercayaan kepada aktres berusia 39 tahun itu bagaimanapun selepas sekian lama bekerjasama dia seperti dapat menghidu niat sebenar Zahnita.
“Sejujurnya saya tak berminat lansung nak join masalah rumah tangga orang sebab kes mahkamah saya untuk kes tuntutan nafkah anak pun dah setahun tak selesai lagi. Tapi, untuk kes Zahnita Wilson ni saya terpaksa bersuara sebab saya orang terawal yang menyumbang financially untuk dia keluar dari rumah husbandnya.
“Dia dah planned lama even before dia viral lagi. Yes, dulu saya pun naive percaya dengan story dia.Tapi selepas bekerjasama dengan dia selama dari bulan august 2024 sehingga Feb 2025, banyak perihal diri dia yang selalu twist sampai berputar otak saya dan rakan-rakan lain..
“Saya rasa benda yang saya buat serba tak kena dan mungkin tak berkat, Allah tunjuk jalan keluar ketika biznes tengah di atas. Saya tak menyesal dengan tindakan saya, stop,” tulisnya.
Pada masa sama, Neyshaz turut mendakwa bahawa cerita ‘air mata’ yang dikongsikan Zahnita kepada rakyat Malaysia adalah tidak benar.
Malah Neyshaz turut bersimpati kepada suami dan anak-anak Zahnita kerana diperlakukan seperti itu.
"kisah dongeng" yang disajikan kepada satu dunia, adalah TIDAK BENAR. saya turut bersimpati ke atas anak-anak, SUAMI dan ibu mertua atas segala damage yang telah berlaku.
“Tak pernah sekali, dia sebagai ibu mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia semasa beliau sedang SPM kerana mempertahankan ayahnya walaupun saya dah pernah remind dia "u buat la video apa2, defend anak you".
“Banyak lagi saya nak spill. You are ruining you daughter's future also Zayden the youngest. I always remind you, pergi seek treatment & diagnosed for Zayden. Other daughters pun i pity sikit. But i'm sure you have done ur best juga towards them,” tambahnya.
Tambah Neysahz, dia tidak menyesal dengan tindakannya dan bersedia untuk menerima surat saman daripada Zahnita.
Pada akhir perkongsian, individu tersebut berharap agar Zahnita menyedari kesilapannya sebelum dia kehilangan anak-anak disebabkan ego sendiri.
Must-Watch Video