Laman Utama

Dakwa Ke Janda Baik Tak Langgar SOP, Polis Siasat Vie Shanti Khan

gempak
Gempak
23/09/2021
07:10 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Ke Janda Baik Tak Langgar SOP, Polis Siasat Vie Shanti Khan
Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Instagram (IG) 'Vieshantiekhan' selepas mendakwa rentas negeri untuk ke Janda Baik di Pahang dari Selangor, tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Hantaran tersebut menjadi tular selepas Vie Shanti menulis status, tidak perlu surat kebenaran polis ketika melalui pemeriksaan di Plaza Tol Gombak untuk ke Janda Baik kerana lokasi itu masih lagi dalam sempadan Selangor.
Menerusi foto yang memaparkan dirinya sedang beriadah di Rimba Valley, Janda Baik itu Vie Shanti turut mendakwa kebenaran polis hanya diperlukan jika mahu merentas negeri.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata ia susulan laporan polis yang diterima semalam, siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan tindakan kompaun sehingga RM5,000.
"Polis menafikan kenyataan wanita terbabit yang mengelirukan, iaitu tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik," katanya hari ini.
Zaiham menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden itu dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti berkaitan pelanggaran SOP dan penyalahgunaan permit rentas negeri di daerah ini agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau balai polis berdekatan.
Sumber: BHOnline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live