Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dakwa Kekasih Gelap Vokalis Maroon 5, Model Dedah Sikap Miang Adam Levine

Maliah Surip
20/09/2022 12:51 MYT
Seorang Instafamous muda membuat kejutan apabila mendakwa dirinya sebagai ‘kekasih gelap’ vokalis utama Maroon 5, Adam Levine.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi platform TikTok pada Isnin lalu. Wanita yang dikenali dengan nama Sumner Stroh itu turut menampilkan beberapa bukti termasuk kiriman mesej mereka saling menggoda.

“Saya pernah menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin bersama model Victoria Secret.

“Waktu itu saya muda dan naif. Saya boleh katakan sebenarnya rasa telah diperguna. Saya yang dulu bukan seperti yang sekarang. Dulu saya mudah dimanipulasi,” tulis wanita berusia 23 tahun itu lapor Dailymail.uk.

Stroh juga mendakwa sudah setahun menjalinkan hubungan dengan Levine, 43, sebelum hubungan mereka ‘terputus’ beberapa bulan lalu.

Namun Levine tiba tiba muncul semula dan bertanya jika dia boleh menamakan anak ketiganya yang bakal lahir sempena namanya.

“Ok ini soalan serius. Saya akan mendapat seorang anak dan jika dia adalah lelaki, saya mahu menamakannya Sumner.

“Anda ok dengan idea ini? Saya serius,” dedah Stroh menunjukkan bukti kenyataan yang dikirim melalui akaun Instagram milik Levine.



Levine dan Behati, 34, sudah menjadi pasangan selama lapan tahun.

Wanita itu mengaku mendedahkan ‘urusan peribadi’ ini kerana seorang teman rapat mengugut untuk menyebarkannya kepada umum jika dia tidak melakukan hal ini demi kepentingan dirinya.
#Viral #Hollywood #Model #Kekasih #Maroon 5 #Miang #Adam Lavine
;