gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tekanan Belajar, Sering Dimarahi Motif Calon SPM Tikam Ibu Dan Abang Kandung
HIBURAN
Buat Penampilan Istimewa Dalam Filem Keajaiban Air Mata Wanita, Prof Dr Muhaya Ada Sebab Terima Tawaran - “Skrip Tiada, Semuanya Spontan”
BERITA
Pesawat Air India Dalam Perjalanan Ke Birmingham Terhempas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Dakwa Pelajar UPSI Meninggal Dalam Keadaan Hina, Cikgu Fadli Salleh Mohon KPM Siasat Guru Biadap - “Tak Tahu Macam Mana Dia Mengajar Kalau Begini Perangainya”

gempak
Mya Amri
11/06/2025
03:32 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Pelajar UPSI Meninggal Dalam Keadaan Hina, Cikgu Fadli Salleh Mohon KPM Siasat Guru Biadap - “Tak Tahu Macam Mana Dia Mengajar Kalau Begini Perangainya”
Pempengaruh serta aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh memohon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat tindakan seorang guru biadap yang mendakwa kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam tragedi kemalangan baru-baru ini adalah hina.

Mohon siasat guru biadap

Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook menyifatkan penulisan guru tersebut sebagai merapu.
Malah Fadli juga turut meminta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menghantar pengawai penyiasat untuk menyiasat guru tersebut dengan lebih terperinci.
“Aku malas nak viralkan orang bodoh ni. Tapi kali ni pengecualian, sebab mamat ni seorang cikgu!

“Kementerian Pendidikan Malaysia tolong siasat sikit mental cikgu ni. Parah benar dah merapu meraban. “YBM Fadhlina Sidek boleh hantar pegawai kot siasat cikgu ni. Kat wall dia merapu meraban sekali.

“Kepada keluarga arwah, buat report Sispa sahaja. Tak tau macam mana dia mengajar di sekolah kalau gini perangainya. Haish,” tulisnya.

Dakwa ada penyakit mental

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran, Fadli memaklumkan guru tersebut mengakui dirinya mempunyai penyakit mental.
Disebabkan itu juga, Fadli memberikan saranan supaya guru tersebut direhatkan selain mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
“Cikgu ni ada sakit mental. Sepatutnya dia dan orang terdekat patut bawa dia berubat dan terima rawatan.

“Rehat dulu dari jadi cikgu. Ambil cuti tanpa gaji ke apa, rawat penyakit tu. Bahaya berada di sekolah dengan pelajar, entah apa dia boleh buat masa tengah tak stabil lepas tu boleh claim ada kad mental. “Jauhkan dia dengan handphone juga. Macam-macam dia tulis tanpa sesiapa kawal, hingga mengguris hati orang, keluarga mangsa kemalangan pasti terasa. “Tu baru bab tulisan, macamana jika suatu hari nanti ada tindakan fizikal pula berlaku?

“Jangan bila dah berlaku perkara tak diingini claim ada kad mental, padahal boleh cegah awal lagi.
“Ahli keluarga dan orang terdekat bawa la cikgu ni pergi berubat segera. Ambil cuti tanpa gaji tu. Atau ambil pilihan bersara medical board.
“Bahaya terus berada di sekolah dengan keadaan mental tak stabil ni. Begitulah,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Fadli:
Topic Berkaitan
#Guru
#Menteri Pendidikan
#Biadap
#UPSI
#KPM
#Siasat
#Fadhlina Sidek
#Fadli Salleh
Must-Watch Video