Viral

Dakwa Pertahankan Diri, Remaja Dipenjara Seumur Hidup Pukul Rakan Dengan Tukul

gempak
Gempak
08/11/2024
03:38 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Pertahankan Diri, Remaja Dipenjara Seumur Hidup Pukul Rakan Dengan Tukul
Seorang remaja lelaki dari Malaysia dihukum penjara seumur hidup di United Kingdom (UK) selepas menyerang dua rakannya di asrama Sekolah Blondell dekat Tiverton, Devon pada Jun tahun lalu.
Serangan tersebut dilakukan oleh Thomas Wei Huang, 17, yang namanya didedahkan baru-baru ini selepas sekian lama dirahsiakan, lapor BBC.
Menurut kronologi kes, Huang telah menyerang dua rakan sebilik yang pada waktu kejadian berusia 16 dan 15 tahun dengan menggunakan tukul besi sewaktu mereka tidur.
Dia yang juga berusia 16 tahun pada waktu kejadian didakwa telah memanjat katil dua tingkat yang yang ditiduri rakan sebiliknya sebelum melakukan perbuatan ngeri itu.
Akibat daripada serangan yang dilakukan, dua remaja tersebut mengalami keretakan tengkorak dan kecederaan pada tulang rusuk, limpa dan paru-paru, manakala seorang lagi mangsa mengalami tertusuk paru-parunya.
Huang juga telah menyerang seorang guru yang cuba menyelamatkan dua mangsa dengan memukulnya berulang kali di bahagian kepala.
Remaja tersebut mengaku telah menyimpan tukul besi di bawah bantal sewaktu tidur sebagai langkah keselamatan.
Menerusi salah satu pengakuannya, Huang dirakam mendakwa bimbang dengan kejadian ‘zombie apocalypse’ atau kiamat zombi sehingga mendorong dirinya menyimpan tukul besi di bawah bantal sewaktu tidur.
Peguam yang mewakili Huang bagaimanapun menafikan kliennya mempunyai niat membunuh sebaliknya melakukan perbuatan tersebut sewaktu berada dalam keadaan tidak sedar atau sleep walking.
Bagaimanapun pengakuan tidak bersalah mempunyai niat membunuh yang dibuat Huang ditolak mahkamah. Hakim berpendapat dia berada dalam keadaan waras sewaktu melakukan jenayah tersebut.
Huang kemudian dipenjarakan seumur hidup atau minimum penjara 12 tahun. Dia melahirkan kekesalan terhadap perbuatan yang dilakukan.
“Saya sangat kesal. Sangat-sangat kesal dan meminta maaf kepada ketiga-tiga mangsa serta keluarga mangsa,” katanya seperti dilaporkan The Guardian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024