Berita

Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!

gempak
Syafiqah Jalal
08/07/2020
04:02 MYT
Sponsor Banner
Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mendakwa perbuatan jutawan kosmetik, Nur Sajat yang berbikini baru-baru ini sebagai melampau.
PU Syed yang kini hanya mahu dikenali sebagai Syed Bakri itu merayu agar pihak berwajib seperti JAKIM serta PDRM (Polis Diraja Malaysia) segera mengambil tindakan agar perbuatan keji itu tidak diteruskan.
“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!?
“Mabrurah sangat umrah yang kamu buat sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )haritu ye?
“Sampai bila kamu nak menunjukkan asset-aset palsu milik kamu?
“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN (Barisan Nasional), kemudian PH (Pakatan Harapan) dan sekarang PN (Perikatan Nasional) untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia.
“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini,” tegasnya.
Syed berkongsi luahan hatinya itu di akaun rasmi miliknya.
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
Justeru, Syed meminta agar semua memboikot produk dan perniagaan Sajat sebagai memberi kesedaran dan pengajaran kepadanya.
“Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama
“Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu.
“Wajib Boikot produk-produk miliknya, ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan!
“Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Sajat menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Ramai sgt yg tag ambe mengenai pemilik akaun bernama SAJAT @nursajat23 Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak ambe, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!? Mabrurah sangat umrah yg kamu buat sebelum PKP haritu yer!? Sampai bila kamu nak menunjukkan aset2 palsu milik kamu? , ambe sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN, kemudian PH dan sekarang PN utk pihak berwajib mengambil tindakan TEGAS kpd beliau, utk mengelakkan FITNAH yg lebih besar pada masa akan datang kpd rakyat Malaysia Tolonglah @myjakim @pdrmsia_official selesaikan virus yg lebih bahaya dari covid 19 ini Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dgn pendustaan terhadap hukum agama Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yg ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu Wajib BOIKOT produk2 miliknya, ingat, siapa yg beli produk2nya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti² melanggari syariat yg telah dia lakukan! Dalam tak sedar, Kalian juga akan mendapat saham dosa kering . Syed Bakri Al-Yahya #AdeAmbeTakut #BiarTahuJanganDokTahu
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live