Dakwa Sajat Melampau, PU Syed Minta Jakim & PDRM Ambil Tindakan!
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri mendakwa perbuatan jutawan kosmetik, Nur Sajat yang berbikini baru-baru ini sebagai melampau.
PU Syed yang kini hanya mahu dikenali sebagai Syed Bakri itu merayu agar pihak berwajib seperti JAKIM serta PDRM (Polis Diraja Malaysia) segera mengambil tindakan agar perbuatan keji itu tidak diteruskan.
“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!?
“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN (Barisan Nasional), kemudian PH (Pakatan Harapan) dan sekarang PN (Perikatan Nasional) untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia.
Syed berkongsi luahan hatinya itu di akaun rasmi miliknya.
BACA: Bonda Rozita Tegur Sajat Pakai Bikini
Justeru, Syed meminta agar semua memboikot produk dan perniagaan Sajat sebagai memberi kesedaran dan pengajaran kepadanya.
“Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama
“Wajib Boikot produk-produk miliknya, ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan!
“Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Sajat menjadi sebutan ramai selepas berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.