Laman Utama
Dakwa Tak Tahu Serina Kahwin, Tapi Sudah Menikah Di Siam, Chef Wan: "Dulu Pun Dia Memalukan Saya..."
Chef terkenal, Datuk Chef Wan mengakui terkejut mendapat berita pernikahan anaknya, Serina Redzuawan yang berlangsung secara tertutup siang tadi.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya selepas mengetahui khabar pernikahan Serina dengan lelaki yang dikenali sebagai Aided dan merupakan anggota polis.
"Anak kau dah kahwin kau tak tahu?"
"Dia umumkan dalam Instagram, saya terkejut, dua minggu lepas dia berkeras nak juga nikah sebelum puasa.
"Dia cakap, "Rina dah nikah di Siam pun Pa!"
"Hati saya dipanah petir ketika itu, nak nikah rumah papa untuk urusan nikah semula di Malaysia saja, terus saya tak jawab pun apa yang dia cakap.
"Dulu pun dia memalukan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu," tulisnya sebagai kapsyen.
Pengakuan tersebut dibuat Chef Wan hanya beberapa jam selepas Serina mengumumkan dirinya sudah kembali memegang status isteri.
Dalam pada itu, Chef Wan juga mengatakan tindakan Serina dan suaminya telah mengecewakannya.
"Sebagai seorang Ayah, sudah tentu apa yang mereka berdua lakukan ini telah mengecewakan saya, saya tak melarang pun dia nikah.
"Pergi nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya, bagus ke budi bahasa anak jenis begini?" tulisnya lagi.
Kata Chef Wan, Serina dan suaminya sudah dewasa dan tahu tentang tanggungjawab selepas apa yang telah dilakukan.
"Rina, suka hati kau orang lah, kau orang pun dah tua masing-masing tahu dan bertanggungjawab dengan apa yang kau orang lakukan ini semua terutamanya di belakang saya," tulisnya lagi.
Sementara di Instagram Serina, dia juga mengumumkan telah bernikah secara tertutup dengan pilihan hati.
Menurutnya, dia dan suami mahu dahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu.