Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Dakwaan AG Coco Keluar Dari Hujan, Ini Jawapan Noh Salleh

Syafiqah Jalal
03/05/2019 06:36 MYT
Kenyataan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh sebelum ini yang memberi bayangan bahawa salah seorang ahli kumpulan tersebut iaitu AG Coco meninggalkan Hujan telah mengejutkan peminat mereka.

Bertanya mengenai isu tersebut, Noh menegaskan, hubungan mereka masih baik bagaimanapun tidak dapat memberi komen mengenai status AG buat sementara ini.

[BACA: “Ni Last Aku Post Photo Satu Frame Dengan AG. Selamat Menjalani Kehidupan Baru Bersama...”- Noh Hujan ]

“Saya tidak boleh memberi komen mengenai perkara ini. Biarlah kenyataan itu keluar dari mulut AG sendiri.

“Mungkin kami akan membuat kenyataan rasmi ketika menjayakan Pesta Raya yang menggabungkan Hujan dan Padi di Singapura pada 30 Jun nanti.

“Sementara itu, Hujan kini sedang dalam pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminat selepas raya nanti.

“Lagipun buat masa ini, AG sibuk menguruskan kumpulan Masdo kerana dia menjadi produser album mereka. Jadi, kami beri ruang kepada mereka terlebih dahulu,” jelasnya.

Noh ditemui ketika pelancaran klip video karaoke Debu Bercahaya baru-baru ini.

Mengulas mengenai lagu tersebut, Noh memberitahu ia ditulis berdasarkan kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa kawan baiknya, tiga tahun lalu.

“Kisah ini benar-benar memberi ispirasi kepada saya. Waktu itu saya melihat sendiri kesedihan isterinya apabila dia dibawa keluar dari bilik pembedahan selepas kakinya dipotong.

“ Insiden itu begitu menyentuh hati hingga memberikan saya ilham untuk menulis lagu ini,” ceritanya lagi.

Debu Bercahya dirakam di sebuah studio di Indonesia.
#Noh Salleh #Noh Hujan #AG Coco #Hujan
;